Tuesday, 20 January 2015

~Studio Photoshoot~

Kenapa FH pilih 11.11.12 untuk buat tarikh kenduri?
Adakah kerana simbolik? (pada tarikh itulah setahun yang lepas FH mula merancang nak kahwin)
No... no... no...
Bukan macam tu...


Lepas bertunang hari tu...
Pihak lelaki minta kenduri kahwin diadakan pada cuti sekolah akhir tahun...
Stress I tau...
Sebab itulah time akad nikah tu FH buat mini pelamin...
Sebab berjarak sangat dengan kenduri kahwin...
FH tak suka kenduri hujung tahun...
Musim hujan...
Tapi dah terpaksa... Redha je la...


Kenapa FH nikah 21.09.12?
Mula-mula nak nikah bulan 8..
Nak ambil tarikh anniversary couple kitorang...
Tapi adik Ipah, dikwan pun decide nak kahwin bulan tu...
So, FH pun beralah la...
Ye la... wedding dia akan menghala ke Kelantan kot...
Kang Tok tak sihat lagi...
FH juga yang susah hati..
Tapi bila dia tunda wedding dia...
FH tetap nikah bulan 9.. sebab FH dah deal semua benda dengan tarikh tu...
FH tak nak nikah bulan 11.. nanti setiap tahun FH akan susah nak plan trip anniberseri2..
Em... em.. perancangan itu penting ye...


So, terlakar la sejarah... 1st time keturunan sebelah FH nikah gantung...
Mula-mula family FH menentang keras la juga...
Tapi biasa la... I lagi degil orangnya...
Alasan FH.. "Dulu tak menikah, nak angah menikah sangat.. dah nak menikah.. tak bagi pula"
Hehehe... banyak akai kan?
Tapi diorang boleh lembut hati tu pun sebab diorang sayangkan Mr. F daripada I...
~sobs.. ~sobs.. ~sobs...


Ok berbalik kepada tarikh 11.11.12...
Tarikh tu takde kena-mengena dengan sapa pun... atau sempena apa...
Cuma minggu tu ada cuti umum.. 13.11.12 perayaan Thaipusam, 15.11.12 Awal Muharram
Jimatlah cuti FH.. kihkihkih... senang hidup I...


So, pada 14.11.12 FH dah booking tarikh tu untuk studio photoshoot di Butik Jalinan Kasih, belakang shopping complex Pacific & Megamall tu...
Kos untuk photoshoot RM1150 kalau tak silap... sebab FH ambil pakej indoor sahaja...
Dia ada bagi banyak option atas bajet kita.. FH pun tak la kaya sangat..
FH ambil pakej yang biasa-biasa je la.. Lagipun awal-awal lagi FH dah deal dengan kedai..
Mula-mula FH nak bayar deposit je dulu.. bila album siap.. baru FH akan bayar full...


Macam mana FH boleh tahu pasal Butik ni?
Ha.. bukan melalui online atau apa-apa je jenis pengiklanan yang berbayar ye...
Hanya cakap-cakap mulut je yang menyebabkan FH nak try butik ni...
Hebat tak kuasa mulut wanita... hahaha...




Baru lepas bersiap!!
Tunggu jurufoto jap.. Diorang takde photographer sendiri...




Mr. F yang sangat kelakar pakai topi berambut macam ni...
Hahahaha... tak gamak FH nak pakai...




Ada ciri-ciri model tak? kihkihkih....






Merasa juga pakai baju kimono nih...
Syukur.. Alhamdulillah...




Bengang je FH tengok gambar ni dalam kamera..
Sepatutnya FH yang duduk dekat situ.. bukan dia... Ish!!







FH nak baling bunga ni..
Sapa nak sambut? Cepat tangkap...




Cilut cak aa.....
Hahaha...
Budak-budak kahwin memang macam ni...
Over!!!




Cukup jaga rambut dia...
Macho sangat gambar ni bang oii...
Lawa handbeg you...




Pembantu tak bertauliah...
Adik FH.. Fatin Nabila dengan her's friend...
Ada pembantu ni senang... sementara nak tunggu album siap...
Dapat la mengubat hati tengok gambar dalam kamera sendiri dulu...



Untuk photoshoot di Butik Jalinan Kasih ni...
Kami dapat 4 persalinan baju...
1x make-up...
1 album..
Cuma yang tak puas hatinya... album ni lambat siap sangat-sangat...
Bulan 5-6 tahun depan baru dapat pick-up...
Itu pun lepas berbuih call & terjah butik on the spot...
Hurm... Bila Melayu berbisness.. FullStop!



No comments:

Post a Comment